Pages

Friday, December 18, 2009

Hakikat mati sebelum mati


Seorang saudagar telah sekian lama memelihara seekor burung di dalam sebuah sangkar di rumahnya.

Satu hari ia mengambil keputusan untuk berangkat ke India, tanah asal burung itu, lalu menanyakan burung itu kalau-kalau ia ingin meminta sebarang buah tangan dari sana. Burung itu meminta kebebasannya, tetapi ditolak oleh saudagar. Karena itu ia minta saudagar itu pergi ke hutan di India dan memberitahu tentang keadaannya yang dalam hal dirinya yang di kurung itu kepada burung-burung lain yang masih bebas.

Saudagar itu pun melaksanakan pesan tersebut, dan sebaik sahaja ia mengucapkan pesan tersebut, seekor burung yang serupa dengan burung yang dipeliharanya jatuh dari sebuah pohon, tak sadarkan diri ke tanah.
Si saudagar berpendapat bahawa tentulah ia saudara kepada burung peliharaannya, dan ia pun merasa sedih kerana telah menyebabkan kematiannya.

Ketika ia pulang, burung peliharaannya bertanya apakah tuannya ada membawa sebarang khabar gembira dari India.

“Tidak,” jawab saudagar itu, “Aku membawa khabar buruk. Salah seekor saudaramu tak sedar diri lalu jatuh dekat kakiku ketika aku khabarkan tentang keadaanmu di sini.”

Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, burung peliharaan saudagar itu pun tak sedarkan diri dan jatuh di dalam sangkar.

“Khabar kematian saudaramu telah menyebabkan kematianmu juga,” fikir saudagar itu. Dengan sedih diambilnya burung itu dari sangkarnya, lalu diletakkannya di tepi jendela.

Segera saja burung itu hidup kembali lalu terbang ke pohon berdekatan.
“Kini aku ingin memberi tahu kepada engkau,” kata Si Burung, “bahawa apa yang kau kira sebagai khabar buruk itu, ternyata merupakan khabar baik bagiku yang dipesan oleh saudaraku melalui kamu. Untuk mendapat kebebasan di dunia ini maka hendaklah kamu mematikan diri kamu, nescaya dengan itu engkau akan beroleh kebebasan.

Dan burung itupun terbang, bebas merdeka akhirnya.

Cerita ini sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w "Muutu Qobla An-Tamutu", artinya :"Matilah kamu sebelum Kamu Mati".

Kisah di atas memberi iktibar dan petunjuk penting kepada mereka yang ingin mencari identiti dan jati diri yang sebenar. Maka sebab itu lah barang kali Jalaluddin Rumi menukilkan sebagai tinggalan kepada mereka terkemudian untuk direnung-renungkan. Dr Wayne Dyer seorang pakar motivasi barat sendiri telah menyebut kisah ini di dalam sessi ceramah beliau. Lihat di sini

Adaptasi dari sebuah cerita yang diolah oleh Jalaluddin Rumi. Sumber foto diambil disini

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.