Social Icons

Pages

Tuesday, February 23, 2010

Pembuka Segala Rahsia


Sekapur Sirih
Daripada penulis Kitab Ini

Kitab Kasyful Asrar ini ditulis oleh Syeikh Mohd Saleh bin Abdullah Mengkabau yang begitu menarik adalah untuk memberikan pengajaran kepada orang yang inginkan akhirat dalam usaha menyampaikan ke arahnya. Mudah-mudahan mendapat manfaat daripada limpah kurnia-Nya daripada Tuhan sekalian alam di kemudian hari. Amin.

Sesiapa yang menyimpan kitab ini
Umpama duduk bersama guru setiap hari
Hendaklah dibaca pada setiap hari
Janganlah kurang tujuh hari sekali
Dapatkanlah ilmu kurniaan
Tuhan Yang mana ditegah kita jauhi
Iktikad yang betul kita ketahui
Iktikad yang salah kita jauhi
Menuntut ilmu wajib pada kita
Sebelum mengenal tidaklah terhingga
Amal dan ilmu wajib serta
Amalan tanpa ilmu diazab kita
Syarat rukunnya wajib diketahui
Sah batalnya demikian lagi
Amalan diterima Tuhan ilahi
Syarat rukunnya sudah kita ketahui
Sesiapa yang beramal dengan kejahilannya
Tidak mengetahui syarat rukunnya
Amalannya tidak diterima Tuhannya
Tidak mengetahui sah batalnya
Dan sesiapa yang suka akan kitab ini
Alamat petunjuk Tuhan ilahi
Dan sesiapa tidak suka akan kitab ini
Alamat mengikut iblis syaitan
Wahai saudara-saudaraku yang tua dan muda
Hendaklah berfikir sentiasa
Jangan seperti orang buta
Meninggalkan ibadat mencari harta
Tidak teringat yang hidup akan mati
Bersuka ria jua sepanjang hari
Hanya harta yang mendapatkan diri
Tiga lapis kapan saja yang diberi.

Salah satu buku yang menjadi rujukan saya di dalam permasalahan ilmu tasawuf. Buku ini telah siap ditulis pada 27hb Safar 1344H. Bermakna buku ini telah siap ditulis kira-kira 87 tahun (hijrah) yang lalu. Sehingga ini ia masih menjadi rujukan penting peminat-peminat tasawuf di Malaysia.

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

11 comments:

zakir932 said...

klu tak silap sayalah buku ni agaknya macam terbaca ingat tak ingat dah... maklumlah tak mampu nak belikan jadi betuyllah dah ingat semula baca kat kedai buku kena sound "klu nak baca ajer pergi librarylah"... menyengat rasanyer....
bagus buku ni bagi yang membaca secara bersahaja memang biasa ajerlah...
cuma klu tak silaplah ada chapter tentang hal kerukunan reumahtangga betul tak... nak pilih isteri macam mana dan bla...bla...bla.. memang zakir kelupaan dah...

dari segi syariatnya memanglah chapter tu untuk pembentukan rumahtangga tapi di sebalik hakikatnya mengisahkan tentang TUT...TUT...TUT tak berani nak habaq... sekaligus chapter tu menolak konsep pembujangan dalam karyawan Imam Ghazali... rasanyerlah kut...

Rbin said...

Rasanya betul dah tu..buku tu lah. Kalau di Shah Alam insyaallah boleh dapat..kalau tak pun boleh tempah. Harga RM 7.90. Dah baca buku Darun Nafis / Mutiara yang Indah?

zakir932 said...

darun nafis kebanyakan dalam versi jawi tapi zakir tak tau baca jawi.... hmmm .....

Rbin said...

Hmmmm..versi rumi pun ada. Saya ada yang versi rumi yang dicetak oleh Jahabersa. Lihat link disini http://www.jahabersa.com.my/en/tasawwuf/mutiara-yang-indah-ad-darun-nafis

zakir932 said...

timer kaceh budak comel kerana sudi membantu aku yang dah macam camel. dahaga air di gurun melihat wap disangka hujan

ONepeICE said...

salam kat s.alam kat kedai mane ye leh dapat buku "pembukaan segala rahsia" (as-sheikh mohd salleh bin abdullah mengkabau) yg original...

Rbin said...

Tak pasti jgk. tapi boleh tanya dekat kedai buku kecil depan kedai bata. Kalau tak ada kat situ mgkn boleh buat tempahan dan tinggalkan no telefon.

Anonymous said...

saya mencari kitab ini juga..kaau ada tolong bagitau ataupun tolong belikan.nanti saya bayar..0124363544

Anonymous said...

nak baca kitab nih...mesti ada guru.....

Unknown said...

Shah alam di mana?

Unknown said...

Salam...mana tempat blh sy dapatkan buku ini...mtk tlg tuan...