Social Icons

Pages

Tuesday, February 2, 2010

Syukur

Tersebut kisah tentang seorang raja perkasa zaman dahulu yang hobinya memburu binatang. Satu hari ketika beliau sedang sibuk memburu, kudanya berteriak kuat sambil mengangkat dua kakinya ke atas. Raja terperanjat, lalu terpelanting jatuh. Jari kelingkingnya putus. Raja sangat marah. “Sudahlah Tuanku. Kalau kena musibah, lebih baik kita bersyukur sahaja,” kata seorang penasihatnya.

Raja bukannya bertambah tenang malah bertambah murka. Dengan lantang baginda berteriak : ‘Penjarakan penasihat kurang ajar ini!’ Para pengawal yang selalu taat, tidak berani untuk membantah, melaksanakan perintah itu. Sang penasihat pun dihumban ke penjara.

Lima tahun kemudian, ketika sedang berburu, raja ini ditangkap oleh sekumpulan orang asli. Raja gagah berkulit putih ini akan dipersembahkan sebagai korban pada dewa. Hanya sahaja, setelah diteliti, aduhai jari kelingkingnya terpotong. Cacat dan tidak sempurna. Kaum asli tersebut terpaksa membatalkan niatnya untuk mengorbankan baginda kepada dewa. Sebagai penggantinya, pengawalnya yang tidak cacat dijadikan korban. Pengawal itu dikorbankan, dan rajanya dipulangkan.

Setelah itu raja menyedari kesalahannya. Penasihat yang dulu dipenjara itu pun dilepaskan. “Beta memang harus bersyukur kerana tidak memiliki kelingking,” kata Raja, mengakui kesalahannya. Ternyata, sang penasihat pun bersyukur, “Kalau saya tidak dipenjarakan oleh Tuanku, mungkin, hamba sudah menggantikan Tuanku sebagai korban.”

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

No comments: