Friday, November 26, 2010
Aku berikan DiriKu kepadamu!
Allah mewahyukan kepada Nabi Isa a.s.: Wahai Isa! Hati-hatilah, jangan sampai Aku terlepas daripadamu! Yakni, jangan sampai engkau memilih yang lain daripada Aku, lalu engkau kehilangan Aku! Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah: Ya Allah! Berilah aku sesuatu anugerah! Allah menjawab: Aku berikan DiriKu kepadamu! Kemudian Nabi Musa a.s. memohon lagi: Ya Allah! Berikan aku sesuatu pemberian! Allah menjawab lagi: Aku berikan DiriKu kepadamu! Sehingga berulang empat kali, Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah s.w.t, namun jawaban Allah sama belaka, iaitu: Aku berikan DiriKu kepadamu!
Nyatalah kini, bahawa makrifat hamba akan Zat Tuhan yang menciptanya itu adalah anugerah utama yang diberikan kepada para Nabi dan Rasul, para shiddiqin dan salihin. Itulah kumia yang terbesar yang harus diminta oleh seseorang hamba, sebagaimana yang disarankan oleh Syekh Abdul Qadir AI-Jailani, maka perhatikanlah apa yang disarankannya itu!
Allah Ta'ala mencipta alam dan segala yang terisi di dalamnya, termasuk makhlukNya yang berupa jin, manusia dan Malaikat adalah untuk disembah. Setiap yang disembah itu mestilah dikenali terlebih dahulu, dan kalau masih belum dikenali mestilah dicari sehingga dapat dikenali. Lantaran itu, maka Zat yang disembah itu adalah umpama 'perbendaharaan yang tersembunyi', yang mesti dicari lalu dikenali sebelum disembah. Kalau Dia gagal untuk dikenali, bagaimana dapat pula disembah..
Jadi maksud dari 'perbendaharaan yang tersembunyi' itu ialah hakikat Zat Allah yang menciptakan makhlukNya untuk dicari dan dikenali, lalu disembahi sebagai Tuhan Maha Pencipta.
If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Hai, saya menemukan blog Anda melalui Google ketika mencari pertolongan pertama untuk serangan jantung dan posting Anda terlihat sangat menarik bagi saya.
Semuga serangan jantung anda bisa semboh dan beroleh sihat kembali. Blog seperti ini untuk mereka yg ingin mencari identiti diri mereka sendiri dan mengenal diri mereka sendiri. Saya yakin dan percaya semua yg sampai kesini disebabkan oleh petunjuk dari Dia bukan kebetulan. Carilah penunjuk jalan yang sebenar yang sukar dicari tetapi memang mereka ini wujud
salam
i have been following silently. i feel the need to express my gratitude to the owner of this blog.
setiap kali ke sini saya tersentuh untuk mencari 'diri'. banyak penulisan 'food for thoughts'
Terima kasih noir,
Kita sama-sama mencari "diri". Teruskan lah usaha mencari diri dan semuga anda dapat berjumpa rahsia tersebut. Kalau anda berminat boleh ajukan persoalan kpd saya. Insyaallah kalau mampu saya akan jawab. Kalau tak saya akan ajukan kepada yang lebih mengetahui. Jangan berhenti sehingga 'perbendaharaan yang tersembunyi' itu bisa anda ketemukan. Ia bukan mustahil sbb petunjuk jalan wujud sepanjang zaman. Terpulang sahaja kepada kita.
Post a Comment