Social Icons

Pages

Thursday, April 22, 2010

Yang lebih baik dari anak dara!

Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk bermakrifat (mengenal padaNya), maka jangan menghiraukan soal amalmu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak membukakan bagimu, melainkan Ia akan memperkenalkan diriNya kepadamu. Tidakkah kau ketahui bahawa makrifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah kepadamu, sedang amal perbuatanmu hadiah daripadamu, maka di manakah letak perbandingannya antara hadiahmu dengan pemberian kurnia Allah kepadamu – Mutiara kata Shaikh Ibu Atho’illah dari kitab Al-Hikam.


Makrifat (mengenal) kepada Allah dengan sebenar pengenalan adalah kemuncak keuntungan seorang hamba (tidak dapat dibandingkan dengan ganjaran atau kedudukan lain didunia ini walau apa pun jua. Maka apabila Tuhan telah membukakan bagimu suatu jalan untuk berserta keinginan yang kuat untuk mengenal kepadaNya, maka bersyukur dan bergembiralah. Dan tidak usah kau hiraukan berapa banyak amal perbuatanmu meskipun masih sangat sedikit amal kebaikanmu dan masih terasa jauh perjalananmu. Sebab makrifat itu suatu kurnia pemberian langsung dari Allah, maka ia sekali-kali tidak tergantung kepada banyak atau sedikitnya amal kebaikan.

Rasulullah s.a.w bersabda dari riwayat Abu Hurairah ra. Allah berfirman: Apabila Aku menguji hambaKu yang beriman, kemudian ia tidak mengeluh kepada pengunjung pengunjungnya, maka Aku lepaskan ia dari ikatanKu dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang asal, dan ia boleh memperbaharui amal, sebab yang lalu telah diampuni semua.

Diriwayatkan lagi: Allah telah menurunkan wahyu kepada salah seorang Nabi s.a.w. Aku telah menurunkan bala (berupa ujian) kepada seorang hamba maka ia berdoa, dan tetap Aku tunda permintaannya, akhirnya ia mengeluh, maka Aku berkata kepadanya: Hambaku, bagaimana Aku akan melepaskan daripadamu rahmat yang justru bala itu mengandungi rahmatKu.

Kerana dengan segala kelakuan kebaikanmu engkau tidak dapat sampai ke tingkat yang akan Aku berikan padamu, maka dengan bala itulah engkau dapat mencapai tingkat dan kedudukan di sisi Allah.

Suburkan lah keinginan dirimu untuk bermakrifat (mengenal) Allah kerana disitulah letaknya keuntungan hakiki. Kelazatan ibadat orang yang makrifat kepada Allah disebut di dalam kitab-kitab sufi sebagai sebuah pengalaman ibadat yang tiada bandingannya. Kalau hendak dibandingkan juga ia terlebih lazat dari ketika bersatu dengan anak dara yang baru dikahwini. Sebab tu mereka ini dapat duduk berjam-jam (hatta berhari-hari dan setengahnya berbulan-bulan hatta bertahun-tahun) berzikir dan bermunazat tanpa rasa penat, mengantok dan letih..Mungkin sukar untuk digambarkan.

Adaptasi dari Terjemahan Al-Hikam oleh H.Salim Bahreisy

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

2 comments:

zakir932 said...

assalamualaikum Tuan Arbain....,

adakah seorang majzub itu telah mengenalNya....tut...tut..tanya sama itu hud-hud

sesungguhnya kelazatan makrifat itu pun sungguh pelik kerana ianya pengenalan yang tiada defisit oleh kepenatan, muak, cuak bla..bla..bla...

pengenalan kepada kelazatn sesuatu yang baharu adalah meleset dengan kepenatan, jemu dan benci yang mana akhirnya aku/kita lari meninggalkan kelazatan itu namun sebenarnya pengenalan kelazatan itu mengajari kita untuk duduk dan fikir bagaimanakah kemaluan lelaki bermakrifat kepada kemaluan wanita sedang kedua-duanya tidak bermata,bertelinga dan terhijab pada lapisan kain.... bagaimana zakar lelaki itu ereksi tatkala menyebut sifat faraj sedang kemaluan itu tidak bermata untuk melihat .... sungguh malu rasanya kepada kemaluan yang memuntahkan air yang hina kerana ilmu makrifat kepada yang dikehendakinya, tujuannya lebih tinggi dan ikhlas daripada diri aku/kita sendiri. tetapi aku/kita nak makrifat kepada tujuan dan matlamat pun tak sampai walau sebesar zarah sekalipun.... klu tak percaya sebutlah nama allah tatkala tengah sedap berborak/bersetubuh adakah aku/kita akan menangis macam budak kecik secara tiba-tiba.... fikir-fikirkanlah bisikan kepalsuan pada hati aku/kita. baru kini aku ketahui umur/masa betul-betl tak cukup tak cukup masa takut tak sempat..

ohhh makrifah oh makrifah
seribu tahun menanti rahmat
hanya syirik sebesar zarah
pasti diri ku hilang selamat

salam...

Rbin said...

Di dalam kitab "Darun Nafis" disebutkan cara menuju Tuhan itu hanya ada dua iaitu Salik dan Mahzub..

Salik ialah mereka yang berjalan mendaki menuju kearah mengenal Tuhan yang bermula dari bawah di bawah panduan seorang guru murshid.

Mahzub ialah orang yang ditarik / diangkat untuk terus mengenal Tuhan tanpa perantaraan ijazah guru. Simahzub menerima jazbah / tarikan dari Allah kepadaNya.

Seorang itu tidak dikatakan Mahzub sekiranya ia tidak mengenali TuhanNya. Walaupun ia mendakwa dirinya seorang yang mahzub.