Social Icons

Pages

Monday, December 14, 2009

Hakikat Orang Arif Billah

Di dalam sebuah buku kecil "KasyafulAsrar – Pembukaan Segala Rahsia" ada menyebutkan ta’arif orang yang dinamakan orang Arif (Arif bermaksud mengetahui).

Mengikut penulis buku tersebut As-Syeikh Mohd Salleh bin Abdullah mengkabau (Q.S) orang Arif ialah:

a. Orang yang mengenal dirinya.
b. Orang yang mengenal Tuhannya.
c. Orang yang mengenal segala sifat Tuhannya.
d. Orang yang mengenal afaal ( Perbuatan) Tuhannya.
e. Orang yang mengenal Asma' (Nama-nama) Tuhannya.
f. Orang yang mengenal zahir dan batin.
g. Orang yang mengenal baik dan jahat.
h. Sama sahaja suka dan duka.
i. Tidak berasa gembira apabila dipuji.
j. Tidak berasa sedih apabila dikeji.

Persoalan yang selalu timbul kepada saya ialah mengapakah mereka dapat mencapai darjat akhlak begitu rupa. “Sama sahaja bagi mereka suka dan duka, tidak gembira apabila dipuji dan tidak merasa sedih bila dikeji”.

Tentulah ada sesuatu “rahsia yang sangat besar dan istimewa” dalam ilmu yang mereka miliki hasil dari pengetahuan mendalam tentang diri mereka sendiri dan sifat, Afaal dan Asma' Tuhannya.

Mereka orang Arif sebenarnya telah mencapai darjat "Insan kamil" disisi Tuhan yang telah redha sepenuhnya kepada semua hal dan keadaan mereka di dunia ini. Mereka hidup tanpa rungutan dan keluh kesah. Bagi mereka setiap kejadian sama ada baik atau jahat adalah sebenarnya baik belaka.

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

1 comment:

Anonymous said...

You nicely summed up the issue. I would add that this doesn’t exactly concenplate often. xD Anyway, good post…