Social Icons

Pages

Wednesday, December 23, 2009

Tahajjud Rabiatul Adawaiyah



Rabiatul Adawiyah seorang sufi wanita yang sangat terkenal pernah bermimpi menerima suruhan supaya ia tetap mengerjakan solat Tahajjud meskipun ia sedang sakit.

Beliau menjelaskan bahawa ketika ia sakit itu ia tidak dapat sembahyang Tahajjud sebagaimana kebiasannya sebelumnya. Maka, untuk menggantikan amalan tersebut dia membaca al-Quran pada waktu siang kerana ia tahu bahawa membaca al-Quran sama pahalanya dengan berjaga malam dalam ibadat.

"Namun, setelah aku kembali sihat aku terus melakukan kebiasaan membaca al-Quran itu. Lalu pada suatu malam aku bermimpi berada di sebuah padang yang luas yang dipenuhi tumbuhan yang menghijau. Di tengah-tengah padang luas itu ada sebuah istana yang sa-ngat cantik. Maka aku pun pergi bersiar-siar mengelilingi taman yang indah itu. Ketika itulah aku terpandang seekor burung sedang diburu oleh seorang kanak-kanak perempuan. Aku asyik menyaksikan kecantikan anak itu dan burung yang diburunya. Aku tidak tahu mengapa ia melakukan demikian rupa.

Akhirnya aku berkata kepada anak itu: "Mengapa engkau hendak menangkap burung yang cantik itu. Sesungguhnya aku belum pernah melihat burung secantik itu. Bukankah lebih baik ia dibiarkan lepas terbang sesuka hatinya di taman ini?" Lalu anak itu berhenti mengejar burung itu. Sebaliknya ia datang ke arahku dan membawa aku pergi berkeliling di taman yang indah itu hingga kami tiba-tiba sudah berada di pintu istana yang besar itu. Anak itu mengetuk pintu istana sambil meminta dibukakan pintu, maka pintu itu terbuka dengan sendirinya. Dari dalam istana terpancar cahaya yang terang benderang. Kemudian anak itu mempersilakan aku masuk ke dalam istana. Alangkah cantiknya istana itu dari dalam, lebih cantik daripada dipandang dari luar.”

"Aku dibawa berjalan-jalan mengelilingi istana itu. Di bahagian dalamnya kami berjumpa dengan beberapa pelayan yang sangat cantik wajahnya sedang membawa bejana-bejana yang berisi wangi-wangian. Anak itu bertanya: "Hendak ke mana kamu semua, wahai para pelayan?" Mereka menjawab: "Kami hendak pergi berjumpa dengan orang yang mati syahid kerana terbunuh di lautan."

"Setelah diam sebentar anak itu bertanya lagi:

"Apakah kamu tidak mahu memberi wangian itu sedikit kepada orang yang ada bersamaku ini."

Mereka menjawab: "la sudah pernah mempunyai wangian tapi ia telah membuangnya."

Kemudian anak itu menghadap ke arah aku, lalu mengucapkan kata-kata yang indah. Setelah ia selesai mengucapkannya ia pun terus menghilang. Aku pun terbangun dari tidur.

Mimpi itu begitu mengesankan di hati beliau, kerana setiap kali ia menceritakannya ia akan menangis terisak-isak. Sejak peristiwa itu beliau tidak pernah lagi meninggalkan solat Tahajjud walaupun ketika sedang sakit sehinggalah beliau meninggal dunia.

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

No comments: