Social Icons

Pages

Tuesday, January 5, 2010

Dua jenis kematian



Sebagai mana yang diceritakan oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani di dalam bukunya Pembukaan kepada yang Ghaib (Futuh Al-Ghaib)

Sesuatu perkara telah mengacau fikiran saya pada suatu hari. Batin saya berasa berat dengan beban dan saya pohon kesenangan dan kesentosaan dan jalan keluar. Saya ditanya apa yang saya mahu.

Kata saya. "Saya mahu mati yang tidak ada kehidupan dalamnya dan satu kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya,"

Maka saya pun ditanya apakah jenis mati yang tidak ada kehidupan di dalamnya dan apakah jenis kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya, jawab saya:

"Mati yang tidak ada kehidupan di dalamnya ialah matiku dari jenisku sendiri supaya saya tidak melihatnya sama ada memberi manfaat atau memberi mudarat, dan mati dari diriku sendiri dan keinginanku, tujuanku, dan harapku dalam hal dunia dan akhirat, sehingga saya tidak ada dalam semua ini. [Sheikh Abdul Qadir menganggap makhluk langsung tiada ada kuasa memberi manfaat atau mudarat sedikitpun kepada beliau dan berusaha mematikan keinginan nafsunya kepada selain dari Allah, hatta balasn akhirat sekalipun. Beliau berada didalam keadan tawakal seperti mayat ditangan yang memandikan mayat. Iaitu mati dari kehendak dan keinginan diri sendiri - Rbain]

Berkenaan kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya, ialah kehidupanku dengan lakuan tuhanku dalam keadaan saya tidak ada wujud dalamnya, dan matiku di dalamnya ialah wujudku dengannya. [Sheikh Abdul Qadir menganggap semua kewujudan selain daripada Allah itu tidak wujud pada hakikatnya dan yang wujud hanya lah Allah semata-mata. Makhluk tidak ada perbuatan sendiri melainkan Allah yang melakukan perbuatan. Seperti firman Allah di dalam surah Al-Imran
"..Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar ...Al-Quran 8:17)
- Bagi beliau itulah kehidupan yang sebenar-benarnya - Rbain].
Oleh kerana saya telah mengetahui maka ini telah menjadi tujuanku yang paling berharga sekali."
Gambar foto diambil disini

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

No comments: