Social Icons

Pages

Monday, January 4, 2010

Redha itu sikap utama Insan


Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini ialah:

(a) Melakukan segala perintah Allah;
(b) Menjauhkan diri dari segala yang haram;
(c) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah.

Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu si mukmin hendaklah memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggotanya melakukan perkara-perkara ini
– Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani (Pembukaan kepada yang Ghaib - Syarahan Pertama Halaman 17)

Menurut Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani selain ketaatan kepada Allah di dalam hal yang disuruh dan dilarang, redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah adalah merupakan kunci paling utama menuju kebahagian yang hakiki.

Sebahagian tanda orang yang redha itu ialah ia sentiasa bersikap tenang dan sabar di dalam semua keadaan, tidak merungut apabila ditimpa kesusahan, tidak menceritakan kesusahan yang dihadapi oleh nya kepada orang lain kerana ia sentiasa bersangka baik kepada Allah yang mengetahui hikmah segala sesuatu yang berlaku.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." [al-Baqarah:216]

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

No comments: